Salam...
Ya ALLAH,
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang,
Yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.
Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang,
Yang hatinya terpaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.
Ya Rabbana,
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku agar,
Tidak berpaling daripada hatiMu.
Ya Rabbul Izzati,
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang,
Yang merindui syahid di jalanMu.
Ya ALLAH,
Jika aku menikmati cinta kekasihmu,
Janganlah kenikmatan itu,
Melebihi kenikmatan indahnya bermunajat,
Di sepertiga malam terakhirmu.
Ya ALLAH,
Jika aku jatuh hati pada kekasihmu,
Janganlah biarkan aku tertatih,
Dan terjatuh dalam perjalanan panjang,
Menyeru manusia kepadaMu.
Ya ALLAH,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihmu,
Jangan biarkan aku melampaui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki,
Dan rindu abadi hanya kepadaMu,
Amin…
Do’aku…
“moga kita sama-sama Berjaya di dunia dan akhirat,
Berjaya dalam mengharungi segala dugaan dan
Cabaran yang sememangnya menguji kekuatan
Iman…
kerana, tapak Iman itulah yang
Menemukan cinta yang selama ini telah hilang”
“semoga cinta yang dicari telah ditemui,
Semoga ALLAH meletakkan kita di bawah
Payung rahmat kasihNYA”
InsyaALLAH…
Jika aku jatuh hati….
Contoh Soalan Psikometrik PTD
-

Pakej Ujian Psikometrik PTD 2025
https://affiliates.jvsecurepay.com/tim/ptd-m9/myadha
7 hours ago
No comments:
Post a Comment